Personal Coaching

YouGo Training & Media Consultancy kini menawarkan khidmat ‘personal coaching’ dalam bidang seni pengucapan awam dan juga pengacaraan yang dikendalikan oleh ikon penyiaran Halim Othman serta pengasas YouGo Training dan bekas pengacara, M. Zulkifli.

Seni berucap di khalayak ramai bukan sahaja penting dan relevan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang penyiaran ataupun pengacaraan majlis secara profesional, tetapi skil ini sangat berguna di dalam suasana kerja di setiap peringkat, serta golongan usahawan.

Keberanian menyampaikan idea ataupun melakukan ‘pitching’ itu dapat memberikan kelebihan kepada anda dalam mencapai matlamat kerjaya ataupun perniagaan anda.

Buat mereka yang mempunyai bakat semulajadi untuk berucap dan mungkin kini mengendalikan saluran YouTube atau vlog anda sendiri, ini peluang untuk anda terus memantapkan keyakinan dan gaya penyampaian anda dengan mendapat sentuhan peribadi daripada mentor- mentor kami.

Modul yang kami sediakan adalah fleksibel dan akan disesuaikan dengan objektif serta tahap kemampuan klien. Antara intipati modul termasuk:

– Ilmu asas seni pengucapan awam
– Cara mengatasi gugup berucap di khalayak ramai
– Mengatur dan membina penceritaan (‘storytelling’) secara efektif yang dapat memukau audiens
– Membentuk gaya berucap anda sendiri
– Berfikir secara spontan
– Cara menghadapi sebarang kemungkinan ketika berucap
– Penilaian melalui latihan

Hubungi 012-3456055 atau [email protected]om untuk maklumat atau diskusi lanjut.

Sesi boleh dijalankan secara ‘face-to-face’ ataupun melalui dalam talian.