Perlu Teks Yang Mantap? Serahkan pada YouGo!

Ucapan CEO perlu siap semalam?

Tak tahu nak tulis apa untuk buletin syarikat?

Kandungan media sosial masih kosong?

Serah pada YouGo saja!

Di YouGo Training & Media Consultancy, kami menawarkan perkhidmatan penulisan, suntingan dan terjemahan secara profesional dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris — untuk membantu anda menyampaikan mesej dengan jelas, kreatif dan berkesan.

Antara perkhidmatan kami:

  • Siaran media
  • Kandungan media sosial
  • Ucapan rasmi dan santai
  • Artikel dan feature story (rencana khas)
  • Buletin dalaman & penerbitan syarikat
  • Terjemahan (Bahasa Melayu > English)
  • Terjemahan (English > Bahasa Melayu)

Sama ada anda seorang pemilik perniagaan, eksekutif komunikasi, atau pemimpin pasukan — kami sedia membantu menjadikan mesej anda lebih tersusun, menarik dan strategik.

Kami juga sedia mendengar cabaran komunikasi unik yang anda hadapi — dan bersama-sama mencari penyelesaian yang sesuai dan disesuaikan khas untuk keperluan anda.

Tim Editorial YouGo

M. Zulkifli Abd Jalil

Daripada seorang majistret kepada personaliti media, M. Zulkifli (M. Zul) telah menempuh perjalanan kerjaya yang unik sepanjang 21 tahun lalu. Selepas memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman, beliau beralih ke industri media pada 2001 dan mencipta nama sebagai penulis serta editor untuk pelbagai penerbitan terkenal termasuk FHM Malaysia dan NewMan. Beliau kemudian menjadi Editor dan COO The Malay Mail sebelum menceburi dunia penyiaran sebagai hos rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.

Di Media Prima Berhad, M. Zul turut memegang jawatan Pengurus Besar Kandungan, Pemasaran dan Penjenamaan untuk bahagian digital syarikat. Beliau memainkan peranan penting dalam pelancaran portal gaya hidup gua.com.my serta merupakan antara pasukan perintis portal video tonton.com.my,

Selepas meninggalkan Media Prima, beliau telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Media serta Ketua Penjenamaan dan Komunikasi di KL Metropolitan University College (KLMUC). M. Zul juga telah menulis dua skrip filem (Mamak Cupcake, Showdown The Movie), pelbagai skrip TV dan lirik lagu, serta mengarang buku The OAG Story yang diterbitkan pada tahun 2016 dan terkini, ‘Kisah Hidup & Budaya Pop Anak Gen-X’.

M. Zul juga pernah bertugas sebagai Pengarah Editorial di ICLIF dan juga Pengarang Urusan, getaran.my. Beliau juga merupakan pengasas YouGo Training & Media Consultancy yang mula beroperasi pada 2016.

Norana Johar

Norana Johar ialah seorang penulis dan penterjemah bebas dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kandungan dan komunikasi. Berkelulusan Ijazah Psikologi Sains dari Indiana University, Bloomington, beliau pernah mengetuai bahagian jualan, pemasaran dan operasi di FingerTec Worldwide sebelum bersara pada tahun 2021.

Hasil penulisannya pernah diterbitkan di majalah seperti Eh!, Ibu, dan Wanita, serta menjadi penyumbang tetap ruangan gaya hidup dan perhubungan untuk portal hiburan di Malaysia. Beliau juga aktif sebagai penterjemah bebas bagi syarikat-syarikat perhubungan awam (PR) terkemuka di Lembah Klang, menyediakan terjemahan berkualiti tinggi untuk pelbagai jenama korporat dan organisasi terkenal.

Berminat untuk melanggan perkhidmatan kami, hubungi maklumat di bawah.

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com