YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy melancarkan program “Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi, TV dan Radio Bersama Halim Othman” yang mensasarkan orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan.

“Ini merupakan program pertama anjuran YouGo bersama Halim Othman,” kata CEO YouGo, M.Zulkifli. “Kami percaya workshop ini dapat menarik minat semua yang bercita-cita menjadi pengacara yang serba boleh dengan identiti tersendiri.”

“Melalui workshop ini, saya bakal berkongsi pengalaman saya sebagai pengacara hampir 25 tahun dengan peserta-peserta yang ingin mengasah bakat pengacaraan mereka,” kata Halim Othman, yang kini mengacara program “Planet Sukan” di TV1 dan juga “Suria Pagi” di SuriaFM. “Saya akan memberikan tip-tip praktikal dalam segala aspek bidang ini, termasuklah audisyen, penampilan diri, penulisan skrip dan penjagaan suara.”

Peserta-peserta boleh memilih antara dua tarikh yang ditawarkan iaitu 24 September atau 15 Oktober dan workshop sehari ini (9 pagi-5 petang) akan diadakan di premis Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299 untuk setiap peserta, jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Ogos 2016. (Harga biasa RM350).

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 / 03-8659 7534 atau emel [email protected] / [email protected]