YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy hari ini melancarkan program “Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi, TV dan Radio Bersama Abby Fana” yang mensasarkan orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan.

“Selepas menampilkan personaliti-personaliti seperti Halim Othman dan Nurul Syuhada Nurul Ain, kami sangat teruja untuk menawarkan program bersama Hajjah Abby Fana kali ini,” kata M. Zulkifli, CEO YouGo.

“Saya percaya ramai peminat Hajjah Abby, yang juga dikenali dengan panggilan mesra Kak Bed, tidak
sabar untuk mencungkil pengalaman dan pengetahuan beliau, dalam mempertingkatkan skil pengacaraan mereka sendiri.”

“Tahun 2017 ini sangat istimewa kerana kini genaplah 30 tahun saya menceburkan diri dalam bidang pengacaraan,” kata Abby yang kini mengacarakan program “Sembang Sinar” di Sinar FM.

“Saya bermula sebagai pembaca Intisari Rancangan di RTM dan kemudian mengacarakan Selamat Pagi Malaysia. Banyak saya pelajari selama tempoh 30 tahun ini, dan saya tak sabar untuk berkongsi tip-tip praktikal untuk seseorang itu terus maju dalam bidang ini.”

Abby yang juga pernah mengacarakan program Malaysia Hari Ini di TV3, terkenal dengan celoteh bersahaja beliau yang menceriakan pendengar dan penonton semua. Beliau bakal memberi tunjuk ajar pelbagai aspek bidang ini termasuk penampilan diri, persediaan sebelum bersiaran, penjagaan suara dan juga seni wawancara.

Program sehari ini (9 pagi – 5 petang) akan berlangsung pada 19 Februari 2017, dan akan diadakan di premis Arte Academy, B-1- 2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299 untuk setiap peserta, jika pendaftaran dibuat sebelum 5 Februari 2017. (Harga biasa RM350). Untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS, harga istimewa RM199 untuk setiap peserta juga ditawarkan.

Mereka yang berminat boleh KLIK SINI atau hubungi:
tel: 012-3456055 atau
emel: [email protected]