BENGKEL BERANI BERUCAP BERSAMA HALIM OTHMAN

Kemahiran berucap di hadapan orang ramai bukan sahaja penting bagi mereka yang ingin menceburi bidang penyiaran atau pengacaraan secara profesional. Ia juga amat berguna dalam pelbagai situasi kerja — di semua peringkat organisasi, dalam dunia keusahawanan, mahupun dalam kehidupan seharian pelajar IPTA/IPTS.

Keberanian menyampaikan idea atau membuat ‘pitching’ mampu memberikan kelebihan besar dalam mencapai matlamat kerjaya dan perniagaan.

Kami faham — ramai yang gugup, gementar atau kurang yakin apabila perlu bercakap di hadapan audiens. Itu perkara biasa. Malah, ramai pemidato dan pengacara hebat juga pernah berada di tempat yang sama. Lebih-lebih lagi mereka yang bersifat introvert, pendiam atau pemalu.

Dalam program ini, personaliti radio dan TV yang tidak asing lagi, Halim Othman, akan berkongsi ilmu, tip dan teknik bersahaja untuk membantu anda mengatasi ketakutan dan tampil lebih yakin di pentas awam.

Antara pengisian menarik: 

  • Asas pengucapan awam yang berkesan
  • Cara menangani rasa gemuruh dengan praktikal
  • Gunakan audiens sebagai sumber kekuatan
  • Teknik memulakan ucapan dengan yakin
  • Fikir spontan, bercakap tenang
  • Dan pelbagai lagi rahsia serta tip berguna

Tak perlu risau — anda tidak dipaksa ke hadapan jika belum bersedia. Yang penting, bengkel ini akan membuka laluan untuk anda lebih selesa dan yakin apabila tiba masa untuk memberi pembentangan, berucap, atau menjadi emcee dalam majlis rasmi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 6 September 2025
Masa: 9.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Dekat KL, Wisma Rampai, Taman Sri Rampai, Setapak, KL

Tawaran early bird:
Daftar beserta bayaran sebelum 27 Ogos 2025: RM190
Harga biasa: RM220

Tempat adalah terhad!

Daftar Sekarang: Whatsapp +6012-3456055‬

BIODATA JURULATIH

HALIM OTHMAN

Selepas menyertai program RTM “Selamat Pagi Malaysia” pada 1993, Halim Othman menjadi hos pertama bagi “Wheel Of Fortune” versi Malaysia, “Roda Impian” dari 1996 hingga 2002. Beliau juga menjadi hos rancangan pagi Era FM pada masa yang sama dan memenangi anugerah Penyampai Radio Paling Popular di Anugerah Bintang Popular selama empat tahun berturut-turut.

Berpendidikan seorang arkitek, kejayaan Halim dalam bidang penyiaran telah memberi inspirasi kepada ramai orang, dan melayakkan beliau digelar seorang ikon industri penyiaran.

Bersama YouGo Training, Halim telah mengendalikan puluhan kursus dan bengkel pengacaraan dan pengucapan awam sejak 2016.

Daftar Sekarang: Whatsapp +6012-3456055‬

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com