HALIM OTHMAN

Selepas menyertai program RTM “Selamat Pagi Malaysia” pada 1993, Halim Othman menjadi hos pertama bagi “Wheel Of Fortune” versi Malaysia, “Roda Impian” dari 1996 hingga 2002. Beliau juga menjadi hos rancangan pagi Era FM pada masa yang sama dan memenangi anugerah Penyampai Radio Paling Popular di Anugerah Bintang Popular selama empat tahun berturut-turut.

Berpendidikan seorang arkitek, kejayaan Halim dalam bidang penyiaran telah memberi inspirasi kepada ramai orang, dan melayakkan beliau digelar seorang ikon industri penyiaran.

Bersama YouGo Training, Halim telah mengendalikan puluhan kursus dan bengkel pengacaraan dan pengucapan awam sejak 2016.

ZAINAL ARIFFIN ISMAIL

Bermula sebagai seorang wartawan penyiaran dan penyampai ‘Buletin Utama’ di TV3, Zainal Ariffin Ismail terus mencipta nama melalui beberapa program ikonik yang sering dinanti penonton termasuk ‘Misteri Nusantara’ dan ‘Jejak Rasul’. Pernah juga bertugas sebagai seorang pensyarah di Akademi TV3, beliau banyak memenangi anugerah sepanjang karier sebagai pengacara dan penerbit.

Antaranya, anugerah Pengacara Majalah Terbaik (2018) di Anugerah Skrin dan Most Trusted TV Presenter (2014/15) oleh Readers Digest Gold Award. Kini, beliau menerajui syarikat produksinya sendiri dan giat menerbit dan menghoskan program seperti ‘Jejak Adam’ dan ‘Langkah Nabi’.

SHAH SHAMSHIRI

Shah Shamshiri has been involved in the media and entertainment field for more than two decades. Fluent in English, Malay, Indonesian and French, he is notably one of the very few French-speaking professionals in the industry.

Apart from being a professional translator, interpreter and experienced emcee, Shah is also an award-winning lyricist. Being a broadcasting graduate, he has also produced and hosted a variety of television shows throughout his illustrious career.

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com