Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi & TV Bersama Halim Othman 8 Februari 2020

February 8, 2020 @ 9:30 am - 5:00 pm SMT

Workshop Halim Othman 20200208

Bakat dan minat boleh membawa kita pergi jauh dalam sesuatu bidang seperti pengacaraan. Kalau anda rasa berani untuk tampil ke hadapan untuk memberi ucapan atau mengacara sesuatu acara, itu permulaan yang sangat baik.

Namun, untuk terus menyerlah, ilmu juga sangat penting. Dan cara yang terbaik adalah untuk anda belajar dari mereka yang berpengalaman. Perkongsian mereka sudah tentu sangat berharga dan dapat membantu anda melengkapkan diri dalam menghadapi segala kemungkinan bila berada di hadapan khalayak ramai.

Program asas ini adalah pentas paling sesuai untuk anda perolehi tip dan ilmu untuk memantapkan persembahan dan keyakinan diri.

Belajar tentang mengenali audiens, skrip, persiapan sebelum sesuatu majlis, ketrampilan diri dan banyak lagi. Latihan-latihan praktikal juga akan diadakan, dan maklum balas akan diberikan terus kepada anda!

Program ini sesuai untuk semua yang ingin mempertingkatkan kemahiran berucap di khalayak ramai, pelajar-pelajar media dan komunikasi, emcee majlis dan yang bercita-cita menceburi bidang penyiaran.

Butiran program:

Tarikh: 8 Februari 2020
Masa: 9.30pg-5ptg
Tempat: Berjaya Central Park, Jln Ampang, Kuala Lumpur

Tawaran “early bird” yang terhad!

Daftar sebelum 2 Februari 2020: RM299
Harga istimewa pelajar IPTA/IPTS: RM199
Harga biasa: RM350

Dapatkan tempat anda di Workshop Pengacaraan Halim Othman 8 Februari 2020 ini dengan SEGERA!

Hubungi ‪012-3456055‬ atau [email protected]

Details

Date:
February 8, 2020
Time:
9:30 am - 5:00 pm SMT
Event Category:
Event Tags:
, , ,

Organizer

YouGo Training & Consultancy
Phone:
0123456055
Email:
info@yougotraining.com
Website:
https://yougotraining.com

Venue

Berjaya Central Park
Berjaya Central Park
Kuala Lumpur,Kuala Lumpur
+ Google Map