
Senarai Bengkel Korporat
BERANI BERUCAP DI KHALAYAK RAMAI
Jurulatih Bengkel: Halim Othman

Seni berucap di khalayak ramai bukan sahaja penting dan relevan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang penyiaran ataupun pengacaraan majlis secara profesional, tetapi kemahiran ini sangat berguna di dalam suasana kerja di setiap peringkat.
Keberanian menyampaikan idea ataupun membuat ‘pitching’ dengan meyakinkan, dapat memberikan kelebihan kepada seseorang dalam mencapai matlamat kerjaya ataupun perniagaan. Kami faham, ada yang berasa gugup, takut atau tidak berkeyakinan apabila berucap di hadapan audiens.
Menerusi program Berani Berucap ini, penceramah/jurulatih berpengalaman kami akan berkongsi tip dan rahsia persediaan, serta bimbingan untuk berucap di khalayak ramai termasuk ilmu asas pengucapan awam, tip praktikal menghadapi perasaan gemuruh, menggunakan audiens untuk merasa lebih selesa berucap, cara-cara memulakan ucapan dengan penuh yakin dan banyak lagi!

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS
Jurulatih Bengkel: Halim Othman

Bakat dan minat boleh membawa kita pergi jauh dalam sesuatu bidang seperti pengacaraan.
Namun, untuk terus menyerlah, ilmu juga sangat penting. Dan cara yang terbaik adalah dengan belajar dari mereka yang berpengalaman. Perkongsian mereka sudah tentu sangat berharga dan dapat membantu peserta melengkapkan diri dalam menghadapi segala kemungkinan bila berada di hadapan khalayak ramai.
Program ini adalah pentas paling sesuai untuk anda perolehi tip dan ilmu untuk memantapkan persembahan dan keyakinan diri. Belajar tentang mengenali audiens, skrip, persiapan sebelum sesuatu majlis, ketrampilan diri dan banyak lagi. Latihan-latihan praktikal juga akan diadakan, dan maklum balas akan diberikan terus kepada setiap peserta!

RAHSIA MEMUKAU AUDIENS
Jurulatih Bengkel: Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail

Program ini adalah untuk mereka yang ingin melangkah lebih jauh — bukan sekadar bercakap, tetapi memukau dan mempesonakan audiens! Antara ilmu berharga yang bakal dikongsikan termasuk teknik membuka ucapan atau pembentangan yang memukau, kaedah bercerita yang menyentuh emosi (pathos), gaya penyampaian penuh kredibiliti (ethos) dan susunan hujah yang meyakinkan (logos) serta cara membaca dan mengawal suasana audiens.
Bengkel ini sesuai untuk eksekutif, pengurus, usahawan, pensyarah, jurulatih, dan sesiapa saja yang sering bercakap di hadapan khalayak. Dipimpin oleh personaliti media dan pengacara yang berpengalaman, perkongsian eksklusif bengkel ini bakal memberikan ilmu praktikal buat peserta yang digarap dari 37 tahun pengalaman industri, dan juga maklum balas profesional.

SPEAK WITH CONFIDENCE
Trainer: Shah Shamshiri

Let’s be honest—speaking in front of a crowd can make anyone’s heart race. That’s exactly why this program exists: to help participants manage those nerves, build genuine confidence, and speak with clarity—even under pressure.
In this hands-on workshop, participants learn simple, practical techniques to connect with the audience, use body language naturally, and keep listeners engaged. We’ll also explore the unique differences between speaking in Malay and English—what to watch out for, what works best, and how to switch smoothly between the two.
Whether preparing for a presentation, pitching an idea, or simply wanting to sound more confident in meetings, this session is designed to help participants thrive in the spotlight, not fear it.

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com