Pernahkah anda berada di atas pentas atau depan bilik mesyuarat, bercakap panjang tetapi audiens memandang telefon, menguap, spaced out atau lebih sibuk berbual sesama sendiri?
Soalnya, kenapa mereka tak dengar?
Dan yang lebih penting, apa yang boleh kita ubah?
Kemahiran berkomunikasi bukan sekadar petah bercakap atau mampu bercakap tanpa henti. Ia bermula dengan sesuatu yang lebih mendalam iaitu ilmu.
Kedengaran klise, tetapi inilah hakikat yang sering diabaikan. Seseorang boleh bercakap panjang lebar tentang sesuatu topik, tetapi tanpa asas ilmu komunikasi yang kukuh, mesejnya mudah tenggelam. Bagaimana mahu menarik perhatian audiens? Bagaimana mahu berhubung dengan mereka secara efektif?
Tentu ramai yang pernah menonton sitkom popular Friends dan masih ingat bagaimana Ross bergelut untuk membuat ‘pitch’ di hadapan panel universiti — penuh dengan kegugupan dan ayat yang tidak meyakinkan. Atau babak ikonik ketika Monica cuba berucap di hadapan pasukan kerjanya tetapi akhirnya menjadi bahan jenaka kerana gaya penyampaiannya yang canggung. Babak-babak ini mungkin mengundang gelak ketawa, tetapi realitinya, kemahiran komunikasi bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi atau semudah yang disangka. Ia memerlukan ilmu, latihan, dan kesedaran tentang siapa audiens kita dan bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan.
Perlu difahami, audiens hadir dengan latar belakang, pengetahuan dan emosi yang berbeza. Mereka juga membawa bersama pelbagai halangan psikologi, sama ada mereka letih, skeptikal, mahupun tidak berminat. Maka, tugas sebagai penyampai ialah mencari titik sambung untuk engage secara bijak dan tulus.
Bagaimana kita mengenal pasti mood audiens? Bagaimana memastikan mereka kekal bersama kita dari awal hingga akhir? Jawapannya bukan sekadar “buat sahaja”. Segalanya ada ilmunya.
Berapa banyak sesi pembentangan atau ceramah yang pernah kita hadiri terasa membosankan, walaupun disampaikan oleh pakar? Adakah kerana mereka tiada ilmu dalam topik yang dibentangkan? Sudah tentu ada. Tetapi yang kurang ialah ilmu menyampaikan dengan berkesan.
Seorang orator yang baik tahu bagaimana untuk ‘tune’ penyampaian mengikut audiens. Intonasi, jeda (pausing), hubungan mata (eye contact), bahasa tubuh, semuanya adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan diperhalusi.
Komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat, ia adalah seni menyampaikan isi dengan jiwa, sehingga mesej bukan sahaja didengar, tetapi difahami, dirasai dan diingati. Oleh sebab itu, ada ceramah yang memberi kesan di hati dan ada pula, umpama mencurah air ke daun keladi.
Bagi mereka yang meminati bidang komunikasi atau bertugas dalam bidang ini tetapi masih mencari ilmu penyampaian yang berkesan, ikuti YouGo Training & Media Consultancy. Kami menampilkan bengkel-bengkel komunikasi bersama ikon industri seperti Halim Othman, Zainal Ariffin Ismail, Shah Shamsiri dan ramai lagi, yang akan berkongsi rahsia serta tip komunikasi yang hebat dan boleh terus dipraktikkan.
Mantapkan diri, kuasai duniamu dengan ilmu!
Berikut adalah program-program latihan yang dirangka khusus untuk membantu anda tampil yakin, menyerlah dan memberi impak dalam setiap komunikasi. Bengkel Korporat YouGo Training
YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com



Leave a comment