Komunikasi Orang Bijak: Antara Fakta, Jargon dan Gagal Difahami

Kita sering menyangka bahawa orang yang bijak semestinya hebat berkomunikasi. Namun hakikatnya, kepintaran tidak selalu seiring dengan kemahiran menyampaikan. Ramai individu yang pakar dalam bidang masing-masing daripada jurutera, doktor, pensyarah hinggalah ke pereka kreatif, berdepan cabaran besar: bagaimana menyampaikan ilmu mereka agar mudah difahami orang lain.

Tidak sedikit yang menyampaikan pembentangan yang penuh dengan fakta, jargon dan istilah teknikal, hingga membuatkan audiens keliru atau hilang fokus. Ilmu yang bermanfaat akhirnya tenggelam dalam cara penyampaian yang terlalu kompleks.

Dalam artikel ini, kita akan meneliti lima kesilapan komunikasi yang sering dilakukan oleh individu pintar—dan bagaimana untuk mengelakkannya agar mesej yang disampaikan bukan sahaja sampai, tetapi benar-benar difahami dan diingati.

1. Terlalu Banyak Menghuraikan (Over-Explaining)

Orang bijak cenderung mahu memastikan semua maklumat disampaikan secara lengkap. Namun, ini boleh menyebabkan mesej menjadi terlalu panjang, rumit, dan sukar dihadam oleh pendengar.

Cara atasi:

Fokus pada apa yang perlu diketahui, bukan semua yang anda tahu. Gunakan prinsip KISS – Keep It Short and Simple. Biarkan audiens bertanya jika mereka perlukan maklumat tambahan.

2. Menggunakan Jargon atau Istilah Teknikal Secara Berlebihan

Istilah seperti synergy, leverage, paradigm shift, atau terma teknikal dalam bidang tertentu mungkin biasa bagi anda, tetapi tidak semua orang memahaminya, dan ini membuat audiens hilang fokus kepada pembentangan anda.

Cara atasi:

Kenal pasti siapa audiens anda. Jika bercakap dengan orang awam atau luar bidang, gunakan bahasa yang mudah difahami. Istilah teknikal boleh digunakan, tetapi mesti disusuli dengan penjelasan ringkas.

3. Bercakap Terlalu Laju atau Tanpa Pause

Dalam usaha untuk menyampaikan banyak maklumat, ramai yang cenderung bercakap laju tanpa rehat atau penekanan yang jelas. Ini boleh membuatkan pendengar hilang fokus.

Cara atasi:

Gunakan nada yang jelas, berhenti seketika di tempat penting, dan beri ruang kepada audiens untuk memproses apa yang didengar. Pausing is powerful.

4. Tidak Mengenali Audiens dengan Cukup Baik

Kadangkala kita terlalu fokus pada kandungan, hingga terlupa untuk memahami dengan siapa kita bercakap, apakah latar belakang, keperluan, atau cara mereka menerima maklumat.

Cara atasi:

Luangkan masa untuk memahami audiens. Tanya diri:

  • Apakah tahap pengetahuan mereka tentang topik ini?
  • Apa yang mereka mahu tahu, bukan apa yang saya mahu beritahu mereka?

5. Terlalu Fokus pada Fakta, Kurang Sentuhan Emosi

Orang pintar sering mengutamakan logik dan data. Tetapi komunikasi berkesan juga memerlukan elemen emosi agar mesej lebih sampai dan bermakna.

Cara atasi:

Gunakan contoh, kisah benar, atau analogi untuk menyampaikan mesej. Ini membantu audiens berhubung dengan apa yang disampaikan secara lebih peribadi.

Kesimpulan

Kemahiran komunikasi bukan sekadar tentang ‘berkata-kata pandai bercakap di depan audiens tetapi ia adalah tentang menyampaikan mesej dengan jelas, berkesan, dan difahami oleh orang lain. Anda boleh jadi sepintar mana pun, tetapi jika mesej anda tidak sampai, kebijaksanaan itu mungkin tidak memberi kesan.

Jadi, jika anda seorang yang pakar atau bijak dalam bidang tertentu, ini masanya untuk belajar satu lagi kemahiran penting, berkomunikasi seperti seorang pendidik, bukan hanya sebagai seorang pakar.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Sertai bengkel Rahsia Memukau Audiens yang dipimpin oleh hos terkemuka, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail yang akan berlangsung 27 Julai 2025 di Dekat KL, Taman Rampai, Kuala Lumpur. Klik untuk maklumat lanjut!

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com

Leave a comment