Dunia kerja hari ini jauh berbeza berbanding sedekad lalu, terutamanya dengan kemunculan teknologi seperti AI, automasi, dan perubahan gaya kerja pasca-pandemik. Untuk kekal relevan dan menjadi pilihan majikan, pekerja bukan sahaja perlu rajin dan berkelulusan tinggi, malah perlu menguasai kemahiran abad ke-21.
Berikut adalah 5 kemahiran utama yang semakin dicari dalam pelbagai industri:
1. Kemahiran Berfikir Secara Analitik dan Berinovasi
Majikan mahukan pekerja yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah dan sentiasa mencari cara baru untuk menambah baik sesuatu proses. Mereka yang boleh melihat ‘gambaran besar’ dan membawa idea segar akan sentiasa bernilai dalam sesebuah organisasi.
Nilai diri anda, adakah anda…?
- Boleh analisis data & situasi dengan logik
- Sentiasa cadang solusi kreatif
- Suka belajar dan terbuka pada perubahan
2. Kepintaran Emosi dan Komunikasi
Kemahiran Ini bukan tentang pandai bercakap sahaja. Walaupun ramai orang suka dan tahu bercakap tetapi kemahiran bercakap dalam kerja ialah tahu bila perlu bercakap, apa yang nak dicakapkan, dan bagaimana cara menjaga emosi diri sendiri serta emosi orang lain. Kepimpinan moden menuntut empati, kepekaan dan komunikasi dua hala yang berkesan.
Nilai diri anda, adakah anda…?
- Pandai mengurus tekanan dan emosi
- Komunikasi jelas, yakin & beradab
- Boleh bekerja dengan pelbagai jenis manusia
3. Kebolehsuaian & Keanjalan (Adaptability)
Dengan perubahan yang sentiasa berlaku, mereka yang cepat menyesuaikan diri, sama ada dengan teknologi baharu, struktur organisasi baru atau tugasan luar jangka akan lebih mudah bertahan dan naik ke hadapan. Mereka yang terlalu selesa dengan skil sedia ada mungkin terlepas peluang untuk berkembang atau dinaikkan pangkat.
Nilai diri anda, adakah anda…?
- Tidak suka bila berlaku perubahan
- Cepat belajar perkara baru
- Fleksibel dari segi pemikiran dan cara kerja
4. Pengurusan Kendiri dan Kebertanggungjawaban
Majikan suka staf yang boleh diharap tanpa perlu disuruh-suruh. Kebolehan mengurus masa, tugasan dan matlamat sendiri adalah ciri pekerja berprestasi tinggi. Di pejabat, perhubungan seperti ‘pahat dengan penukul’ amat tidak digemari majikan.
Nilai diri anda, adakah anda…?
- Boleh bekerja tanpa diselia sepanjang masa
- Tahu keutamaan kerja dan sentiasa menjaga kualiti kerja.
- Ada disiplin dan integriti yang tinggi
5. Celik Digital dan Teknologi
Anda tidak semestinya perlu jadi programmer. Namun, anda perlu tahu menggunakan teknologi asas dan faham cara ia memudahkan kerja. Individu yang selesa dengan digital tools akan lebih cekap dan efisien dalam tugasan harian. Kalau tidak tahu, cepat-cepat belajar agar tidak terus ketinggalan.
Nilai diri anda, adakah anda…?
- Mahir guna aplikasi pejabat dan digital tools
- Tahu guna AI, automasi atau sistem kerja moden
- Tidak ‘tepu’ bila berdepan sistem baharu
Untuk berjaya dalam dunia kerja masa kini, sijil sahaja tidak mencukupi, yang lebih penting adalah sikap dan kemahiran. Jika anda mampu menguasai lima kemahiran ini, anda bukan sahaja akan jadi calon pilihan, malah mungkin jadi aset utama dalam syarikat.
Perlukan latihan untuk tampil lebih yakin dalam kerja anda?
YouGo Training menyediakan bengkel profesional dalam pengucapan awam, komunikasi efektif dan pembangunan kendiri untuk individu dan organisasi.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Sertai bengkel Rahsia Memukau Audiens yang dipimpin oleh hos terkemuka, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail yang akan berlangsung 27 Julai 2025 di Dekat KL, Taman Rampai, Kuala Lumpur. Klik untuk maklumat lanjut!
YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY
WhatsApp: +6012-3456055
Email: yougotrainingmedia@gmail.com



Leave a comment